Thursday, June 1, 2017

Abah......

Hari ni genap 1 tahun 4 bulan orang yang paling aku sayang  pergi tinggalkan kami sekeluarga. Baru hari ni ada kekuatan nak cerita semula ape yang jadi 1 tahun 4 bulan lepas. Supaya cerita ini dapat dibaca cucu cicit abah. Betapa kami terasa kehilangan abah. Abah yang kami sayang, abah yang tak mungkin ada gantinya...Abah yang sentiasa dirindui..Sentiasa....

4 Februari 2016...

Pagi tu macam biasa aku bersiap pergi kerja macam rutin-rutin harian selalu.  Dalam pukul 9 lebih atau 10 lebih mak ada kol bagi tahu abah sakit dada dan mak otw pergi hospital dengan pokde hantar abah. Tapi mendengarkan suara mak yang seperti biasa je, aku menganggap abah sakit biasa. Hopefully tak ada yang serius. Sebab abah pernah juga masuk hospital tapi alhamdulillah abah okey je lepas tu.  Tapi lepas bercakap dengan mak tu hati ni tiba-tiba macam berdebar-debar sangat. Lebih kurang sejam mak kol semula, nangis-nangis bagi tahu doktor dengan nurse masukkan oxigen dan benda atas dada abah tapi mak nampak sikit-sikit je mak tak dapat masuk.  Diorang tak bagi mak masuk. Suara mak panik sangat masa tu.   Aku yang dengar kat sini rasa panik tuhan sahaja yang tahu.  Rasa nak tercabut jantung. Kalau diberi kelebihan terbang dan lama aku terbang nak tengok keadaan abah.  Disebabkan ade keje urgent aku siapkan dulu kejap dan mintak izin dengan bos untuk balik.

Ikutkan hati memang dah tak kuat nak drive, hati ni berdebar bagai nak pecah jantung. Dalam kepala hanya pikirkan keadaan mak yang sorang-sorang kat sane tak tau ape jadi dengan abah yang kat dalam tu.  Allahu, jadi hilang arah sangat mase tu. Tapi kuatkan diri jugak drive balik.  Sambil drive sambil tengok update dalam group whatsaap. Sampai selekoh sebelum tol sungai ramal (yang kini sampai hari ni tiap2 hari aku lalu situ aku akan sebak) baca mesej dalam group "Abah dah tak ada" Allahu, rasa nak langgar divider dah mase tu. Air mata terus turun macam air hujan sambil pikir betul ke abah dah tak ade.  Pecut laju-laju sebab tak sabar nak sampai rumah k.ila nak tanya betul ke abah dah tak ada.  Mase tu dah tak fikir dah nak accident ke ape ke yang penting cepat sampai rumah k.ilah.

Sampai je rumah k.ila, tengok k.ila dah menangis2 datang pelok aku.  Aku tanye, "betul ke abah kita dah tak ade??". K. ilah mengangguk. Tengok k.ila mengangguk masa tu aku rasa nak pengsan, rasa badan ni melayang-layang.  Sambil menangis-menangis sebut "Abah kita dah tak ade, abah kita dah tak ade".  Dah macam berzikir aku masa tu.  Aku tak kuat Ya Allah nak terima berita yang tak disangka-sangka tu masa tu.  Abah kan sakit dada je macam mane abah boleh meninggal. Betul ke abah dah tinggal kita semua.  Itu je yang bermain dalam fikiran aku.

Sambil tunggu k.kema otw dari office die, aku menangis nangis kat rumah k.ilah dulu.  Tak sanggup nak balik rumah kosong. Sampai je kak kema kat rumah terus kami berpelukan dan terus naik ke rumah abang daus.  Masuk je rumah abang daus terus kami berpelukan dan meraung bersama-sama.  Pelukan masa tu sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada kami yang rapuh sangat terima berita sedih abah.  Aku masih cakap dengan diorang "Abah kita dah tak ada, abah kita dah tak ada".  Abg Daus cakap kita sabar, jom kita kemas-kemas balik kg jumpa abah.

Aku dengan k.kema turun rumah kami dan mengemas baju-baju yang patut dibawa.  Masuk je rumah tu teringat memori dengan abah.  Kami baru jugak pindah rumah tu. Abah sempat tengok rumah sewa kami. Abah suka rumah kami sebab sejuk, tapi tak suka sebab kene naik tangga.  Abah dah berangan-angan nanti kalau datang lain kali abah nak tido dalam bilik. Sebab mase abah datang hari tu abah tido kat luar je.  Rupanya abah tak sempat pun.

Kami naik satu kereta dengan abg daus dengan keluarga dia balik jumpa abah.  Nak peluk abah, nak cium abah, nak salam abah.  Mase tu dalam fikiran cuma nak cepat sampai.  Tapi tak tahu kenapa perjalanan yang sepatutnya paling lama 3 jam rasa macam perjalanan yang berbelas jam.  Lama sungguh masa nak sampai ke rumah jumpa abah.  Dalam kereta masing-masing diam tak berbunyi memendam rasa sedih. Hanya dengan bunyi tangisan je.  Kami istigfar dalam hati supaya Allah kurangkan sikit rasa sedih dan tabahkan hati kami.  Tiada seorang pun yang berani bukak mulut bercerita pasal abah.  Sepanjang perjalanan abg daus langsung tak nangis. Dia steady je bawak kereta.

Sampai je simpang nak ke chenor, tiba-tiba abang daus menangis tersesak-esak. Pecah lah tangisan kami dalam kereta tu beramai-ramai sampai lah ke pintu rumah.  Lain macam betul rumah kami kali ni.  Penuh dengan kereta dan selipar depan rumah.  Masuk je pintu hati berdebar-debar sangat.  Terus kami cari mak dan berpelukan dengan mak.  Mata mak sembab sangat masa tu.  Mak sempat cakap dengan kami kena kuat.  Aku terus pergi ke depan cari wajah yang aku nak sangat jumpa.  Ya Allah, hancur rasanya hati ni sebab nampak tubuh abah dah berbalut kain putih.  tangan abah dah berbalut, macam mane nak salam ni.  Selalu sampai kg mesti salam abah.  Tuhan saja yang tau perasaan aku masa tu.  Dada rasa nak pecah menahan sedih.  Sampai je kat abah terus aku menangis-nangis cakap dengan abg li abah kita dah tak ada, abah kita dah tak ada.  Abg li teman abah masa tu sambil baca yasin.  Terus aku bukak kain tutup muka abah dan cium dahi abah berkali-kali sambil usap muka abah.  Rasa nak rebah sebab tak boleh terima hakikat aku jumpa abah kali ni dalam keadaan yang jauh sangat berbeza, yang keadaan aku tak pernah bersedia untuk terima.  Aku usap-usap bahagian kaki abah, kaki ni lah yang lately sebelum abah meninggal bengkak-bengkak.  Kitorang adik beradik akan telefon mak dan tanye keadaan kaki abah.  Aku usap bahagian tangan abah. Tangan yang aku selalu salam setiap kali balik kg dan juga hari raya. Hingga kini aku masih terasa dan teringat bentuk tangan abah setiap kali aku salam. Sumpah aku ingat. Abg li cakap, " Kita bagi abah rehat ye, abah penat". Makin menitik lah air mata ni.

Pengurusan jenazah abah berlaku cepat dan lancar sangat. Ramai sungguh orang datang melawat abah. Ramai betul yang sayangkan abah. Tiba lah masa kami mengucapkan selamat tinggal selamanya kepada abah.  Ciuman terakhir kami pada abah kesayangan kami, abah yang kami kasih, abah yang kami cinta.  Masa ni Allah saja yang tau perasaan sedihnya. Selama hidup 28 tahun ini lah benda paling sedih sekali yang aku perlu hadap. Berjumpa abah buat kali terakhir. Dalam keadaan abah kaku, tak bercakap.  Berat betul hati ni nak lepaskan abah.  Lepas semua cium abah tiba giliran mak.  Mak tak sempat pun cium dahi abah mak terus pengsan. Ya Allah mak...Mak lah orang paling sedih saat ni. Mak lemah sangat time ni. Tak lama lepas tu k.long pulak pengsan. Melihat keadaan macam tu hati aku bertambah hancur dan pedih. Kami tau kami semua tak kuat mase ni.  Jenazah abah terus dibawa ke dalam van untuk dibawa ke masjid.  Aku dengan k,kema tunggu depan pintu sampai van yang bawak abah tu pergi. Dalam hati aku cakap " Selamat tinggal abah, ada sayang abah sangat"...

Lepas pemergian abah rumah rasa sunyi sangat. Teramat-amat sunyi.  Rumah tu tak pernah rasa sunyi macam tu.  Keadaan mak teruk sangat hari tu, Makan pun mak tak nak. Tengok kan keadaan mak kami ajak mak solat. Teman mak amik wuduk. Dalam toilet mak cakap dengan aku. " Sampai hati abah awak dik, tinggal mak sorang-sorang".  Sedihnya hati aku dengar rintihan mak tu. Sumpah aku tak kuat mase tu tapi bagai dipaksa-paksa untuk jadi kuat demi mak. Keadaan mak lemah sangat. Mak meracau-racau cakap ibarat abah ada lagi.  Pagi subuh tu, aku ternampak-nampak bayang abah bersiap pergi subuh. Rindunya pada abah masa tu tuhan sahaja yang tau. Aku dah tak mampu nak kawal perasaan time tu. Aku amik baju yang abah pakai kali terakhir sebelum abah meninggal dan cium bertalu-talu sambil merintih " Ada rindu abah". Rindunya. Rindu semua pasal abah..

Aku masih belum terima pemergian abah. Dalam fikiran ni cuma membayangkan abah pergi masjid, tak pun abah pergi keluar kejap. Nanti malam mesti abah balik. Tapi bila time malam hati mula sesak. Mane abah ni tak balik-balik. Abah maneeee..Kami rindu abah...Ya Allah, masa ni berat betul hati ni nak menerima ketentuanmu. Berat betul nak ajar hati ni untuk redha dengan takdir mu. Sungguh aku tak mampu masa tu. Tapi k.ila cakap kalau kita terus menangis, terus merintih abah akan kene seksa dalam kubur sebab gagal ajak anak-anak2 isteri abah untuk redha dengan qada' dan qadar.  Aku tak sanggup membayangkan abah kene seksa sebab kan dosa-dosa aku. Aku tak rela. Jadi slow-slow aku ajar hati untuk redha dengan pemergian abah. Redha tu tak bererti kita berhenti bersedih. Cuma kita terima ini jalan hidup yang Allah dah tetapkan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun rindu pada abah dan ingatan pada abah tak sedikit pun berkurang.  Alhamdulillah sekarang semua dan makin kuat especially mak.  Mak sekarang semakin mendekatkan diri dengan Allah, belajar agama. Jadi dari situ hati mak bertambah kuat dan mak bertambah redha.

Mak adalah orang paling kuat pernah aku jumpa.  Mak berseorangan berhadapan dengan saat-saat terakhir abah sebelum abah dijemput, berseorangan menerima berita abah meninggal daripada doktor, mak jugak berseorangan mengadap jenazah abah kat hospital sambil mak lap air yang keluar dimulut abah.  Membayangkan saja dah buat hati aku pedih dengan keadaan tu, ini pulak kalau aku yang laluinye.  Sungguh mak kuat.   Sebulan lebih lepas abah pergi mak dah mula senyum semula walau tak ceria dulu, mak dah start rutin mak seperti biasa walau hari-hari menangis ingatkan abah.  Hingga kini mak masih ingatkan abah, tapi mak paksa diri untuk terus kuat.  Aku tau mak masih lagi dalam keadaan memaksa diri untuk kuat. Aku nampak semua tu.. Walau mak cuba sorok.

Abah....

Sejak abah pergi hati ni bagaikan ada lubang kosong yang tak akan berganti penuh.  Hati ni sebak setiap kali teringat memori hidup dengan abah.  28 tahun dipinjam kan langsung tak rasa cukup. Kalau lah aku boleh bersikap tamak dah lama aku mintak abah hidup selama mana aku hidup. Begitu juga dengan mak. Tapi ketentuan Ilahi itu adalah yang sebaik-baiknye.  Hidup aku tak akan pernah sempurna tanpa seorang abah.  Hidup aku tak akan pernah sama lagi. Abah yang aku harapkan ada menikahkan aku nanti. Abah yang aku selalu berdoa untuk sentiasa sihat, dan sempat melihat aku punya anak-anak. Tapi aku redha. Semoga Allah menempatkan abah di syurganya. Itu yang paling bermakna. Aku tau abah ditempat yang lebih baik sekarang. Walau jasad nya tiada, abah sentiasa dalam hati. Sentiasa.

Ada sayang abah....Demi Allah...Hingga hujung nyawa...













2 comments: