Thursday, June 30, 2011

I'm a full time housewife..!!!

Hyee peeps..Semenjak menjadi surirumah tangga sepenuh masa ni setiap pagi sampai tengah hari aku memang bz..Bukak je mata tak gosok gigi lagi terus kemas rumah,sapu sampah,basuh baju,basuh pinggan,basuh berak anak,Opsss yang ni tak..Then keje terakhir ialah memasak...Lepas tu petang dah boleh relax-relax then berbadminton la pulak kan...Ingat senang ke jadi surirumah tangga sepenuh masa ni...Susah okey..

Nak tahu part mane yang susah tu???Part nak pikir nak masak ape hari-hari...Korang ingat tak susah ke hari-hari nak pikir nak masak ape..Tiap-tiap malam dah kene pikir dah esok nak masak ape untuk kasi suami family tersayang makan..Balik-balik bukak peti ade sotong,udang,ikan ayam..Esok nye bukak lagi peti ade sotong,udang,ikan ayam...Tak kan hari-hari nak masak benda yang same ye dak..Aku sampai dah kering idea nak masak ape kat rumah ni..So ape lagi dengan bantuan abang google yang hensem lagi kacak bergaya aku search je resepi baru yang boleh di cuba.Hari ni aku try masak sotong..Asek masak sambal,goreng kunyit tak pun goreng tepung je sebelum ni so sekarang ni nak la hebat sikit supaya dapat puji-pujian dari mak ayah..Cewaaahhhh..

Search punye search aku jumpe satu resepi ni..Simple pun simple dan bahan-bahan pun mudah..So try aje la...Meh aku kasi resepi kat korang kot-kot korang nak cube jugak..Aku tak upload pun gambar sotong aku masak tadi..Haipppp,bukan tak jadi tapi malas nak tangkap gambar sebab dah kebulur sangat..Siap je masak aku terus makan...Mari ramai-ramai cube ye resepi ni..Aku buat berkuah sikit tadi sebab sotong kan jenis berair..So selamat mencube semua....

Sotong Berserai  
Sumber: Koleksi Mingguan Wanita                 

Bahan-Bahan:

Bahan A:
500 gm sotong
2 mangkuk santan

10 biji cili api]
5 biji cili merah]
5 ulas bawang merah ] dikisar
3 ulas bawang putih ]
2 sm halia]        

Bahan B:
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kunyit
? sudu kecil lada hitam
? biji jus limau nipis
Garam secukup rasa

Cara:
Sotong dibersihkan dan ditoskan airnya. Masukkan sotong dan bahan A yang lain ke dalam periuk. Masak hingga sotong kecut.

Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga mendidih.

Apabila kuahnya hampir kering, masukkan bahan B dan masak lagi hingga mendidih.

Wednesday, June 29, 2011

Dear Adam...Hargai tulang rusukmu....

Hyee peeps..Hari ni sangat kebosanan..Main badminton pun tak de mood..Nasib bapak aku tak marah sebab ponteng main hari ni...So here i just wanna share satu artikel yang aku jumpe dalam fesbuk..Artikel ni dari I love Islam...Aku just copy and paste je..Malas nak taip semula..Benda dah ade kan buat ape nak hurai kan semula..Artikel yang sangat bagus..Mari sama-sama kite hayati especially kaum adam..Hargai tulang rusuk mu...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 

I'm a lonely girl in this world...

Tak semua pekara kite boleh share dengan orang lain kan..Bukan semua orang mampu paham ape yang kite rase..Mungkin pada mereka pekara enteng tapi sebenarnye sukar bagi kite..Tapi kite masih perlukan someone untuk bercerita...Makin hari aku rasa aku makin hilang teman nak bercerita..Hurrmmm mane lah mereka-mereka semua ni...???I'm a lonely girl in this world..Very lonely...=(


p/s::Pada yang sedang berbahagia nikmati la hidup anda sepenuhnye kerana menjadi seorang yang sunyi,sepi,keseorang bukan pekara yang mengembirakan..Percaya la...

Tuesday, June 28, 2011

I got my driving license..Horeeayyyy...

Alhamdulillah lega dah segala beban yang ade...Rasa nak bagi tau the whole world yang aku dah lepas test JPJ yang gile babeng punye cuak tu...Yup aku mungkin over sebab bersepah lagi orang lain lulus kan...Tapi tetap rasa nak hebah satu dunia jugak sebab aku rase test JPJ lagi cuak dari final exam...Sape setuju???Mane tak nye abang-abang atau pakcik-pakcik JPJ tu misai tak nak pulak nipis2,lepas tu muka tak nak pulak ketat-ketat kan....Yang penting lepas ni dah tak payah bangun pagi tergopoh-gopoh sambil bertengkar dengan akak aku nak pergi kelas memandu lagi...No more class okey...



Thanks pada cikgu memandu aku yang aku tak tahu name penuh die cume panggil kak nor je..Sampai pening-pening kepala die ngajar aku....Ape-ape pun die cikgu memandu yang sangat terbaik..Langsung tak pernah marah aku yang lembap macam siput ttttuuuuuuuuuuttttt tu.....Tak lupe jugak abang-abang JPJ yang muka gile garang tapi baik hati..Terima kasih sebab kasi saya lulus..Seronok kan tadi jalan-jalan naik kereta dengan saya...hihihihihi..



Lepas ni harap-harap abah aku kasi la bawak kereta die..yyyiiieeeehhaaaaaaa.....(^_^)V

Monday, June 27, 2011

My last class....Yeeeepiiiieeeeeeee......

Hari ni last kelas..Hopefully esok boleh lulus....Lepas tu boleh la berKL drift.....(^_^)V


Saturday, June 25, 2011

I am single...


Being single isn’t bad. What is bad is giving 

up hope on finding that someone special.


Friday, June 24, 2011

I Hate You Mr Frog...!!!!!!

Hyee peeps..Hari ni aku nak bercerita pasal binatang kegelian atau kebencian atau ketakutkan...Mu pahe dok??Korang ade tak binatang yang korang paling geli,benci atau takut..Tengok dari jauh pun dah melalak-lalak macam orang gila...Ada??Ada???Sure ade punye kan...Same goes to me....

Ini je satu-satunye gambar katak real yang mampu aku letak..Tengok gambar katak pun aku dah geli...


Kalau aku,binatang yang paling aku geli + takut +benci + meluat ialah MR FROG.....Nak tahu kenapa aku paling tak suke encik katak???Meh aku nak kasi cerita satu-satu sebab ape...

Dulu mase aku duduk kat Bentong pahang,dalam rumah aku selalu je ade katak..Entah kenapa Mr frog ni suke sangat duduk rumah aku...Die buat macam rumah abah die dah...Ade satu pagi tu aku dah siap-siap nak pergi sekolah..Dalam pukul 6 lebih..Gelap lagi mase tu..Dengan tergesa-gesa nya aku sarung kasut sekolah..Ehhh apehal ketat semacam je ni..Tak kan la pagi-pagi kasut jadi ketat pulak...Selalu okey je kan...Mula la sesi menyeluk sambil mengintai ape yang ade dalam kasut..Takut-takut ade stokin yang tertinggal...Tengok-tengok hitam je dalam kasut tu...Eeeeeuuuuuwwwwwww..Ape lagi habis tercampak kasut tu aku baling.....Ko dah tak de tempat lain nak tido ke mr frog oi...Dalam kasut aku yang busuk tu pun kau boleh nak tido...Hate u...Hate u..!!!!!!!


Ni pulak kes kedua..Aku otw nak pergi tengok tv kat ruang tamu..Nak pergi ruang tamu kene lalu bilik abang aku dulu...Elok je aku berlengang kangkung menghayun langkah dengan girang gumbiranya nak tengok tv sekali aku bertembung dengan encik frog yang kebetulan nak pergi tandas depan bilik abang aku tu...Ehhh bersopan sungguh kau kan katak...Tau pulak nak kencing berak dalam tandas...Aku mula la teragak-agak..Die pergi dulu ke aku pergi dulu ni...So last-last aku decide nak pergi laju-laju...And korang tau time tu jugak la si katak ni pergi laju-laju jugak...At last aku terpijak kaki die yang lembik tu..Hambek kau excident..EEeeeeeee..Sumpah geli gile..Sampai sekarang lagi aku terasa kaki katak yang aku pijak.....



Kes ketiga pulak..Aku dah tak tahan nak kencing ni..Ape lagi pergi laju-laju masuk tandas terus melunaskan hajat..Elok je aku selesai aku tengok si katak ni tengah elok je pandang aku....Kau ngintai aku kencing ye katak..Keji gile perangai kau kan....Aku ape lagi...Memecut lari keluar tandas sambil nangis-nangis meroyan...Aku di noda si katak..Ohh nooooooooooooo....


Pernah ada satu katak ni duduk dalam tempat letak sudu garfu kat dapur rumah aku...Bile mak aku tahu mesti mak aku cekup die letak dalam plastik then buang die dalam longkang besar depan rumah aku...Dan korang tau esok pagi nya mak aku tengok kat dapur katak tu masih di tempat asal....Musykil tak?????Dan aku sangat pasti itu katak yang sama...Kejadian tu berulang hampir setiap hari..Mak aku buang je die datang balik...Eeeeee seram sungguh.....Sejak tu kami panggil katak tu katak berhantu...hihihihi....



Sebab-sebab kejadian ni la menambahkan lagi kebencian aku terhadap encik katak ataupun puan katak atau pun cik katak..Semua keturunan die la aku geli...Sekarang ni lega bile kat rumah aku ni tak banyak katak berbanding rumah dulu..Tapi dengan adanya mak aku sebagai penangkap katak yang gagah tak de la nak risau sangat..Kalau ade katak je menjeri-jerit bagai nak histeria then mesti mak aku datang cekup katak tu pergi buang jauh-jauh....Aku musyik asal la aku tak berani macam mak aku ek???Tak kan la ikut perangai abah pulak...hihihihihihihihihi...

P/s:Maaf encik katak,tak de niat nak benci awak dan keluarga awak..Tapi badan awak yang lembik-lembik tu sangat mengelikan saya...Kalau saya cium awak lepas tu awak jadi putera raja tak pe jugak....;p

Thursday, June 23, 2011

Penyibuk....

Korang pernah tak ade bf orang or gf orang yang dok sibuk berkomen-komen dengan korang setiap wall post korang kat fesbuk or nampak macam mengatal-gatal kat fesbuk korang..Komen gambar-gambar korang....Setiap hari post something kat wall korang sampai kawan-kawan pun salah paham ingat korang ade special relationship dengan orang tersebut...Pernah kena macam ni???Kalau pernah meh nak kasi tau macam mane nak kasi stop tabiat orang-orang macam ni...Tu pun kalau korang tak selesa la..Kalau selesa layankan aje..Kalau aku langsung tak selesa..Lagi-lagi kalau BF orang....


Satu je tips nye iaitu korang add je fesbuk gf or bf diorang..Itu pun kalau gf or bf diorang ade fesbuk la...Bia la korang buat tebiat add orang tak kenal pun janji korang tak diganggu lagi...Percaya la...Cara ni sangat berkesan....Lepas tu sure bf or gf yang dok mengganggu korang kat fesbuk tu langsung tak komen or post ape2 dah..Nak like pun tak berani...Sebabnye takut gf or bf diorang tahu kan...

Aku pernah buat macam ni sebab tu aku tau keberkesanannye..So pada yang terkena sila la cube.....(^_^)V...

Aku bukan ruminah sidek tapi rashid sidek...!!!!!!!

Hyee semua...Sekarang ni kan setiap petang aku dah rajin buat aktiviti..Kalau dulu petang-petang dok dalam bilik je ngadap laptop tak pun pergi dapur cari-cari makanan nak mengunyah...Now tidak lagi..Aku dah insapppp...Aku dah jadi macam anak-anak sidek..Bukan ruminah sidek mahupun rashid sibir okey....

Ini la peralatan yang diperlukan untuk aktivit tersebut....
Sekarang ni setiap petang aku dengan family main badminton..Jangan tak caya aku pandai main badminton..Bawah sikit je hebat dari LIN DAN...hahahaha...So boleh di katakan setiap hari la kami main badminton kat sebelah rumah ni...Kan dah kata macam keluarga sidek tu....Banyak jugak keluar peluh..Terus rasa macam dah kurus..;p

Uniform bersukan tapi sila abaikan seluarr kotak2 tu..Die tak bersalah tuan die yang ngek tak rajin nak tukar seluar ....

LIN ATAUPUN dari China...(sepupu lin dan);p

Pihak lawan...Ruminah sidek dari jawa barat...

Harap-harap impian aku nak kurus berjaya jugak sebab dah rajin buat gerakan kan..Makan pun dah kurang..Same-same la doa aku kurus ye kawan-kawan..Sape-sape rasa nak lawan badminton moh ler datang rumah koi..Kite berentap....Bosan hari2 main dengan cik ruminah sidek ni..Dah la cepat semput...Haaaaaaaa semput lagiiiiii...(aksi sepah dalam maharaja lawak)..

Wednesday, June 22, 2011

U can call me R&R.....

Tau ape itu R&R???Alaaa tempat rehat yang kat highway tu...Biasanya orang berhenti kat situ nak rehat-rehat or makan-makan then teruskan perjalanan balik...Lepas tu entah datang balik or tak kat R&R tu...Kalau selalu jalan kat situ mungkin lepas tu singgah lagi tapi kalau lepas tu tak lalu dah memang itu last time la singgah....Okey sebenarnye tak de la nak bercerita pasal R&R kat highway tu tapi nak becerita pasal diri sendiri...



Ape pulak kaitan aku dengan R&R ni ye dak...Aku tak pernah kerja part time mahupun full time kat mane-mane R&R ye...Sila jangan buat spekulasi...hihihihihihi...



Korang pernah rasa tak someone yang putus cinta atau tak tiba-tiba datang dalam hidup korang then tiba-tiba hilang je.Korang pulak dapat tahu yang rupenye die tengah rapat dengan someone else tak pun die dah balik semula dengan ex die....Pernah alami benda macam ni????Kalau pernah benda macam ni la aku istilahkan sebagai R&R...Datang singgah dan pergi...Adil ke ek bila jadi benda macam ni????Entah laaa...Mereka yang buat je tau adil atau tidak...



Hurmmmmm...Aku dah selalu sangat jadi macam ni...Ade yang datang sebagai kawan dan ade jugak yang datang lebih sebagai kawan..Yang lebih sedih ade yang masuk dalam hati...Tapi yang sama mereka tetap pergi juge..Meneruskan perjalanan mereka yang mungkin lebih indah di depan....Tak ape la...Mungkin aku memang ditakdirkan untuk jadi R&R kalian je agaknya....

Aku harus belajar untuk sendiri tanpa 'tetamu-tetamu' R&R aku lagi....

Muka kusam bf suke????

Kawan aku kata kusam-kusam muka kite time diploma dulu pun ade bf..Tapi sekarang...Hurmmmmmmmmmmmmmmm..........*dia mengalami nasib yang sama macam aku..*


Aku rase kene kusamkan muka semula la baru ade bf balik..Bertukarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...;p

Asal dulu senyum habis semua gigi nak nampak ek???hahahaha...Versi kusam vs kurang kusam....;p

Nota kaki: Macam la muka kau sekarang ni berseri-seri sangat kan cik pada oi....

Buah hati saya masa baby....

Selain ade gambar aku dengan kawan-kawan aku time diploma dulu dalam CD yang aku jumpe time kemas bilik tadi tu ade gambar anak buah aku husna dengan adik umairoh time kecik-kecik dulu...Dah lama aku tak tengok gambar diorang time kecik-kecik..Nasib la aku ade simpan dalam Cd...Mereka sangat cute time kecik-kecik dulu..Tak caya jom tengok....


Kakak time baby..Tak sure umur die berapa bulan time ni....



Muka budak jahat..hehehe..

Saya dah besarrrrrrrrr....


Ni pulak adik umairoh...Gambar die tak banyak sangat...Gambar kakak je yang banyak...


Pipi adik yang tembam rasa macam nak kunyah2 je....




Ini gambar mereka berdua....
Ini kakak husna time besar...Cepat die membesar kan...=)

Ini pulak adik umairoh...Dah macam anak dara dah ni...=)

Sekarang mereka dah besar,dah sekolah..Cepat je mase berlalu...Semoga mereka berdua jaadi anak yang solehah..aminnnnnn....

Tuesday, June 21, 2011

Zaman kekusaman.....

Tadi sibuk kemas bilik..Maklum la mak beli almari baru untuk bilik aku so excited gile nak kemas bilik....Kalau tak memang tak berapa nak rajin la...Then tibe-tibe terjumpe satu CD ni...Aku rase macam CD time aku diploma dulu...Rupenye memang betul pun....Bukak-bukak je cd tu tengok ade gambar lama-lama dalam tu...Serius terus rasa rindu kat kawan-kawan time diploma dulu...Rindu mase same-same dengan diorang...Jom layan muka budak naif aku time diploma dulu....

Muka tak boleh blah..Gelak tengok muka sendiri time dulu2..kahkahkahkahkah...

Lyaa,mie and mur..Mereka pergi Teluk Cempedak tanpa saya..Sebab time ni saya tak suke berjalan...;p

Sebelum berebut bus nak pergi kelas wajib tangkap gambar dulu...

Satu-satunye gambar aku dengan kau mur..Asal entah dulu kite jrang bergmbar berdua..Tak rapat sangat kot time tu..hehehehe...

Dengan umiyatol...Tak ingat sem berapa...

Dengan lyaa..juge tak ingat sem berapa...

Friend forever...Walaupun kite dah tak rapat macam dulu tapi kite tetap kawan kannnnnnnnnn.....

Kami sayang kolej kami..Ye tak kawan-kawan???;p

Mase kursus kahwin...Ye,kursus kawin..Dah boleh kawin dah tapi calon tak dok..hehehehehe...

Main mekap-mekap...Time ni semester 2...

Kami classmate...=)

Baru lepas final exam...=)

With my dinda...Muka masing-masing muka seposen je..Rase nak sepak laju2 je..hehehehe..miss u dinda...

Bila dah tengok gambar-gambar ni baru teringat balik betapa rapatnye kami dulu walaupun time degree masing-masing bawak jalan hidup masing-masing...Tapi yang penting kami masih berkawan..Walapun pernah ade salah faham kami masih lagi berkawan sekarang...Aku rindu korang semua...Maaf kalau korang marah aku letak gambar tak hot korang ni sebab dulu-dulu muka masing-masing bususk2 je terutama aku..hehehehe...Just nak buat kenangan je..Tak sure korang ade lagi tak gambar-gambar ni..Kalau tak de boleh la copy....=)....

Ajai dan Kris Dayanti - Hati Ini Telah DiLukai

Alyah-Kisah Hati (MV with Lyrics)

Tak mungkin kerna sayang..




Tak mungkin kerna sayang.................................................


Televesyen ooo televesyen..

Tengok datin's diary buat entry  pasal tv aku pun nak buat jugak la...Kalau datin begitu hambar hidup dia tanpa tv tapi lain pulak bagi aku...Aku langsung tak teruja nak tengok tv...Sebab ape??Meh aku nak story mory sikit...


Dulu mase aku muda-muda kecik beringus lagi aku suke gile tengok tv..Macam datin jugak la...Ratu telenovela,ratu television sume pun aku la...Tapi setiap kali aku nak tengok tv mesti kene berperang dulu dengan ayah aku sebab ayah aku selalu berebut nak tengok tv dengan aku...Kalau menang perang tu dapat la aku tengok tv tapi kalau kalah ape lagi masuk bilik sambil hempas pintu sampai nak tercabut pintu....Biasa lah nak tunjuk protes sebab kalah kan....



Bile dah besar sikit dan kat rumah ade astro lagi la selalu je aku kalah bile berebut tv dengan ayah aku sebab kat astro hari-hari ade bola..Ayah aku sangat gile bola...Die boleh tengok bola berulang-ulang kali...Memang tak de can la aku nak tengok drama-drama kesukaan aku....Kadang-kadang sebab nak tengok drama series yang aku memang dah layan kebetulan pulak sama dengan bola yang ayah aku nak tengok aku mesti tipu ayah aku cakap "alaaa abah,cerita ni episod akhir ni..kene tengok ni.." Dan biasanya mesti aku berjaya...Ape lagi..Lepas tu gune taktik tu je la kalau nak menang tengok tv....hihihihihi...Tapi kali ni kalau kalah pun aku dah tak main hempas-hempas pintu dah cume pergi masuk bilik dengan muka ketat...Dah besor kan...



Sebabkan selalu sangat kalah perang tv dengan ayah aku la buat aku yang mulanya gile tv langsung tak teruja dengan tv...Tapi elok jugak macam ni sebab kurang sikit dosa nak bergaduh dengan abah...Sekarang ni ayah aku tengok tv tanpa sorang pun pesaing..Kadang-kadang die tido awal sebab tak de teman nak berebut tengok tv....Aku dah malas nak berebut lagi...Kasi can kat abah je tengok tv..Aku ngadap laptop je la....

Impian...

Aku punye impian...Ehhh silap..KAMI punye impian....Siapa kami tu????Aku dengan akak aku...Moga2 impian kami terlaksana..Sama-sama doakan ye...=)