Thursday, June 1, 2017

Abah......

Hari ni genap 1 tahun 4 bulan orang yang paling aku sayang  pergi tinggalkan kami sekeluarga. Baru hari ni ada kekuatan nak cerita semula ape yang jadi 1 tahun 4 bulan lepas. Supaya cerita ini dapat dibaca cucu cicit abah. Betapa kami terasa kehilangan abah. Abah yang kami sayang, abah yang tak mungkin ada gantinya...Abah yang sentiasa dirindui..Sentiasa....

4 Februari 2016...

Pagi tu macam biasa aku bersiap pergi kerja macam rutin-rutin harian selalu.  Dalam pukul 9 lebih atau 10 lebih mak ada kol bagi tahu abah sakit dada dan mak otw pergi hospital dengan pokde hantar abah. Tapi mendengarkan suara mak yang seperti biasa je, aku menganggap abah sakit biasa. Hopefully tak ada yang serius. Sebab abah pernah juga masuk hospital tapi alhamdulillah abah okey je lepas tu.  Tapi lepas bercakap dengan mak tu hati ni tiba-tiba macam berdebar-debar sangat. Lebih kurang sejam mak kol semula, nangis-nangis bagi tahu doktor dengan nurse masukkan oxigen dan benda atas dada abah tapi mak nampak sikit-sikit je mak tak dapat masuk.  Diorang tak bagi mak masuk. Suara mak panik sangat masa tu.   Aku yang dengar kat sini rasa panik tuhan sahaja yang tahu.  Rasa nak tercabut jantung. Kalau diberi kelebihan terbang dan lama aku terbang nak tengok keadaan abah.  Disebabkan ade keje urgent aku siapkan dulu kejap dan mintak izin dengan bos untuk balik.

Ikutkan hati memang dah tak kuat nak drive, hati ni berdebar bagai nak pecah jantung. Dalam kepala hanya pikirkan keadaan mak yang sorang-sorang kat sane tak tau ape jadi dengan abah yang kat dalam tu.  Allahu, jadi hilang arah sangat mase tu. Tapi kuatkan diri jugak drive balik.  Sambil drive sambil tengok update dalam group whatsaap. Sampai selekoh sebelum tol sungai ramal (yang kini sampai hari ni tiap2 hari aku lalu situ aku akan sebak) baca mesej dalam group "Abah dah tak ada" Allahu, rasa nak langgar divider dah mase tu. Air mata terus turun macam air hujan sambil pikir betul ke abah dah tak ade.  Pecut laju-laju sebab tak sabar nak sampai rumah k.ila nak tanya betul ke abah dah tak ada.  Mase tu dah tak fikir dah nak accident ke ape ke yang penting cepat sampai rumah k.ilah.

Sampai je rumah k.ila, tengok k.ila dah menangis2 datang pelok aku.  Aku tanye, "betul ke abah kita dah tak ade??". K. ilah mengangguk. Tengok k.ila mengangguk masa tu aku rasa nak pengsan, rasa badan ni melayang-layang.  Sambil menangis-menangis sebut "Abah kita dah tak ade, abah kita dah tak ade".  Dah macam berzikir aku masa tu.  Aku tak kuat Ya Allah nak terima berita yang tak disangka-sangka tu masa tu.  Abah kan sakit dada je macam mane abah boleh meninggal. Betul ke abah dah tinggal kita semua.  Itu je yang bermain dalam fikiran aku.

Sambil tunggu k.kema otw dari office die, aku menangis nangis kat rumah k.ilah dulu.  Tak sanggup nak balik rumah kosong. Sampai je kak kema kat rumah terus kami berpelukan dan terus naik ke rumah abang daus.  Masuk je rumah abang daus terus kami berpelukan dan meraung bersama-sama.  Pelukan masa tu sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada kami yang rapuh sangat terima berita sedih abah.  Aku masih cakap dengan diorang "Abah kita dah tak ada, abah kita dah tak ada".  Abg Daus cakap kita sabar, jom kita kemas-kemas balik kg jumpa abah.

Aku dengan k.kema turun rumah kami dan mengemas baju-baju yang patut dibawa.  Masuk je rumah tu teringat memori dengan abah.  Kami baru jugak pindah rumah tu. Abah sempat tengok rumah sewa kami. Abah suka rumah kami sebab sejuk, tapi tak suka sebab kene naik tangga.  Abah dah berangan-angan nanti kalau datang lain kali abah nak tido dalam bilik. Sebab mase abah datang hari tu abah tido kat luar je.  Rupanya abah tak sempat pun.

Kami naik satu kereta dengan abg daus dengan keluarga dia balik jumpa abah.  Nak peluk abah, nak cium abah, nak salam abah.  Mase tu dalam fikiran cuma nak cepat sampai.  Tapi tak tahu kenapa perjalanan yang sepatutnya paling lama 3 jam rasa macam perjalanan yang berbelas jam.  Lama sungguh masa nak sampai ke rumah jumpa abah.  Dalam kereta masing-masing diam tak berbunyi memendam rasa sedih. Hanya dengan bunyi tangisan je.  Kami istigfar dalam hati supaya Allah kurangkan sikit rasa sedih dan tabahkan hati kami.  Tiada seorang pun yang berani bukak mulut bercerita pasal abah.  Sepanjang perjalanan abg daus langsung tak nangis. Dia steady je bawak kereta.

Sampai je simpang nak ke chenor, tiba-tiba abang daus menangis tersesak-esak. Pecah lah tangisan kami dalam kereta tu beramai-ramai sampai lah ke pintu rumah.  Lain macam betul rumah kami kali ni.  Penuh dengan kereta dan selipar depan rumah.  Masuk je pintu hati berdebar-debar sangat.  Terus kami cari mak dan berpelukan dengan mak.  Mata mak sembab sangat masa tu.  Mak sempat cakap dengan kami kena kuat.  Aku terus pergi ke depan cari wajah yang aku nak sangat jumpa.  Ya Allah, hancur rasanya hati ni sebab nampak tubuh abah dah berbalut kain putih.  tangan abah dah berbalut, macam mane nak salam ni.  Selalu sampai kg mesti salam abah.  Tuhan saja yang tau perasaan aku masa tu.  Dada rasa nak pecah menahan sedih.  Sampai je kat abah terus aku menangis-nangis cakap dengan abg li abah kita dah tak ada, abah kita dah tak ada.  Abg li teman abah masa tu sambil baca yasin.  Terus aku bukak kain tutup muka abah dan cium dahi abah berkali-kali sambil usap muka abah.  Rasa nak rebah sebab tak boleh terima hakikat aku jumpa abah kali ni dalam keadaan yang jauh sangat berbeza, yang keadaan aku tak pernah bersedia untuk terima.  Aku usap-usap bahagian kaki abah, kaki ni lah yang lately sebelum abah meninggal bengkak-bengkak.  Kitorang adik beradik akan telefon mak dan tanye keadaan kaki abah.  Aku usap bahagian tangan abah. Tangan yang aku selalu salam setiap kali balik kg dan juga hari raya. Hingga kini aku masih terasa dan teringat bentuk tangan abah setiap kali aku salam. Sumpah aku ingat. Abg li cakap, " Kita bagi abah rehat ye, abah penat". Makin menitik lah air mata ni.

Pengurusan jenazah abah berlaku cepat dan lancar sangat. Ramai sungguh orang datang melawat abah. Ramai betul yang sayangkan abah. Tiba lah masa kami mengucapkan selamat tinggal selamanya kepada abah.  Ciuman terakhir kami pada abah kesayangan kami, abah yang kami kasih, abah yang kami cinta.  Masa ni Allah saja yang tau perasaan sedihnya. Selama hidup 28 tahun ini lah benda paling sedih sekali yang aku perlu hadap. Berjumpa abah buat kali terakhir. Dalam keadaan abah kaku, tak bercakap.  Berat betul hati ni nak lepaskan abah.  Lepas semua cium abah tiba giliran mak.  Mak tak sempat pun cium dahi abah mak terus pengsan. Ya Allah mak...Mak lah orang paling sedih saat ni. Mak lemah sangat time ni. Tak lama lepas tu k.long pulak pengsan. Melihat keadaan macam tu hati aku bertambah hancur dan pedih. Kami tau kami semua tak kuat mase ni.  Jenazah abah terus dibawa ke dalam van untuk dibawa ke masjid.  Aku dengan k,kema tunggu depan pintu sampai van yang bawak abah tu pergi. Dalam hati aku cakap " Selamat tinggal abah, ada sayang abah sangat"...

Lepas pemergian abah rumah rasa sunyi sangat. Teramat-amat sunyi.  Rumah tu tak pernah rasa sunyi macam tu.  Keadaan mak teruk sangat hari tu, Makan pun mak tak nak. Tengok kan keadaan mak kami ajak mak solat. Teman mak amik wuduk. Dalam toilet mak cakap dengan aku. " Sampai hati abah awak dik, tinggal mak sorang-sorang".  Sedihnya hati aku dengar rintihan mak tu. Sumpah aku tak kuat mase tu tapi bagai dipaksa-paksa untuk jadi kuat demi mak. Keadaan mak lemah sangat. Mak meracau-racau cakap ibarat abah ada lagi.  Pagi subuh tu, aku ternampak-nampak bayang abah bersiap pergi subuh. Rindunya pada abah masa tu tuhan sahaja yang tau. Aku dah tak mampu nak kawal perasaan time tu. Aku amik baju yang abah pakai kali terakhir sebelum abah meninggal dan cium bertalu-talu sambil merintih " Ada rindu abah". Rindunya. Rindu semua pasal abah..

Aku masih belum terima pemergian abah. Dalam fikiran ni cuma membayangkan abah pergi masjid, tak pun abah pergi keluar kejap. Nanti malam mesti abah balik. Tapi bila time malam hati mula sesak. Mane abah ni tak balik-balik. Abah maneeee..Kami rindu abah...Ya Allah, masa ni berat betul hati ni nak menerima ketentuanmu. Berat betul nak ajar hati ni untuk redha dengan takdir mu. Sungguh aku tak mampu masa tu. Tapi k.ila cakap kalau kita terus menangis, terus merintih abah akan kene seksa dalam kubur sebab gagal ajak anak-anak2 isteri abah untuk redha dengan qada' dan qadar.  Aku tak sanggup membayangkan abah kene seksa sebab kan dosa-dosa aku. Aku tak rela. Jadi slow-slow aku ajar hati untuk redha dengan pemergian abah. Redha tu tak bererti kita berhenti bersedih. Cuma kita terima ini jalan hidup yang Allah dah tetapkan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun rindu pada abah dan ingatan pada abah tak sedikit pun berkurang.  Alhamdulillah sekarang semua dan makin kuat especially mak.  Mak sekarang semakin mendekatkan diri dengan Allah, belajar agama. Jadi dari situ hati mak bertambah kuat dan mak bertambah redha.

Mak adalah orang paling kuat pernah aku jumpa.  Mak berseorangan berhadapan dengan saat-saat terakhir abah sebelum abah dijemput, berseorangan menerima berita abah meninggal daripada doktor, mak jugak berseorangan mengadap jenazah abah kat hospital sambil mak lap air yang keluar dimulut abah.  Membayangkan saja dah buat hati aku pedih dengan keadaan tu, ini pulak kalau aku yang laluinye.  Sungguh mak kuat.   Sebulan lebih lepas abah pergi mak dah mula senyum semula walau tak ceria dulu, mak dah start rutin mak seperti biasa walau hari-hari menangis ingatkan abah.  Hingga kini mak masih ingatkan abah, tapi mak paksa diri untuk terus kuat.  Aku tau mak masih lagi dalam keadaan memaksa diri untuk kuat. Aku nampak semua tu.. Walau mak cuba sorok.

Abah....

Sejak abah pergi hati ni bagaikan ada lubang kosong yang tak akan berganti penuh.  Hati ni sebak setiap kali teringat memori hidup dengan abah.  28 tahun dipinjam kan langsung tak rasa cukup. Kalau lah aku boleh bersikap tamak dah lama aku mintak abah hidup selama mana aku hidup. Begitu juga dengan mak. Tapi ketentuan Ilahi itu adalah yang sebaik-baiknye.  Hidup aku tak akan pernah sempurna tanpa seorang abah.  Hidup aku tak akan pernah sama lagi. Abah yang aku harapkan ada menikahkan aku nanti. Abah yang aku selalu berdoa untuk sentiasa sihat, dan sempat melihat aku punya anak-anak. Tapi aku redha. Semoga Allah menempatkan abah di syurganya. Itu yang paling bermakna. Aku tau abah ditempat yang lebih baik sekarang. Walau jasad nya tiada, abah sentiasa dalam hati. Sentiasa.

Ada sayang abah....Demi Allah...Hingga hujung nyawa...













Saturday, September 17, 2016



Dear Love,

Image result for i am glad i met you quotes

I am glad that i met you..May Allah bless us.

Tuesday, August 30, 2016

Dear Stalker,

I like you this much.....


Image result for this much
Yes....YOU!!!!!! hehehehe

Monday, July 27, 2015

Regret

Menolak orang yang baik dan ikhlas demi seorang yang berpura-pura ikhlas dan menipu tu boleh jadi kekesalan seumur hidup. Yee semua jadi Allah dah tetapkan tapi until now still rase menyesal. Lagi pula bila tahu orang yang kau tolak mentah-mentah dulu akan berkahwin tak lama lagi. Which is orang yang kenal dia cakap dengan kau " kalau kau terima dia sepatutnye sekarang ni nama kau yang dalam kad kahwin tu". Oh pedih sekali...Kenapa lah tak pernah pandai menilai orang. Tapi tak apa lah. He deserve someone better than me. Allah tu tahu. Tulang rusuk kan tak akan pernah tertukar. Semoga awak bahagia dan diberkati Allah selamanya...If u know how much i regret sure u will say " padan muka".......(T_T)


Friday, July 24, 2015

I am Back!!

After almost 2 years tak menulis dalam blog ni tibe-tibe mendapat ilham untuk menulis semula. Its good sebenarnye ade blog macam ni sebab bila bosan-bosan atau rindu dengan masa-masa lalu boleh bace balik sambil menghina diri sendiri betapa poyo nye aku dulu.

Habis segala benda nak tulis dalam blog ni dulu nye. Paling dasat mase putus cinta, frust menonggeng. Sampaikan sekarang bila bace balik puas nak recall dulu aku bercinta dengan siapa yang sampai frust menonggeng tertonggeng-tonggeng sangat ni.  Serius tak ingat. See, cinta-cinta dulu tu tak ade lah cinta mati sangat pun sebab boleh lupe.. ;p

Tak banyak sangat hidup ni yang berubah after 2 years. Tahun lepas dengan cerita yang tak berapa gembira. Ditemukan dengan orang tak perlu ade dalam history hidup. Tapi orang kata, setiap orang yang hadir dalam hidup tu ade sebabnya. Baiklah, cubaan menjadi seorang yang positif. Maka nya tahun lepas di tutup dengan penuh dukacita dan kesedihan. Dengan harapan tahun 2015 ade sinar bahagia. Aku terlalu percaya ade something good will be happened in my life for this year and taraaaaaaaa..Its happening now!!Ape yang penting, bersangka baik lah dengan Allah. Sentiasa bersangka baik dan percaya yang pekara baik tu bakal berlaku dan ianya akan berlaku. Insyaallah.

Alhamdulillah, memang cita-cita nak move out from current workplace. Bukan sebab tak cukup hebat kerja di sini tapi sebab terlalu nak merasa environment baru dan belajar another things. Cukup lah 3 tahun lebih di sini. Alhamdulillah, Allah gantikan kesedihan yang tak bertepi tahun lepas dengan rezeki kerja yang tak disangka-sangka. Tapi dugaan pula Allah bagi bila terpaksa memilih antara dua pilihan.

Abah pesan " Ape pun keputusan yang adik ambil, mesti kene bersedia untuk tidak menyesal di kemudian hari" Padat dan terkesan betul nasihat abah. Aku memang terkenal dari dulu tak pernah membuat pilihan yang tepat dalam hidup. Tengok sajelah berapa kali pulak putus cinta. Berapa kali pulak menyesal bila beli baju atau kasut. Alhamdulillah punye family yang tak pernah memaksa dan sentiasa memberi kebebasan untuk memilih selagi membawa kebaikan pada diri. Mak cakap " Ikut awak lah di, mane yang terbaik untuk awk". Lega bila dengar mak buat ayat macam ni. Maka pilihan telah dibuat. Moga pilihan ini lah yang terbaik.

Pantas betul masa berlalu. Sedar-sedar dah pun masuk pertengahan tahun. Sedar-sedar kurang lagi sebulan bekerja di sini. Tempat di mana aku bermula kosong, polos, naif, takut-takut dan sekarang, alhamdulillah bukan lah tahu segalanya tapi lebih lah dari kosong.Perasaan? Sedih, nak meninggalkan rutin selama 3 tahun lebih dan gembira untuk mulakan pekara baru dalam hidup. Adat yang bertemu pasti berpisah. Dugaan dan cabaran tempat baru mungkin lebih hebat atau pun kurang hebat dari sekarang tapi, sebagai manusia mahu tidak mahu tempuh saje lah. Kita ade Allah, moga Allah permudahkan segalanya.

Insyaallah....




Wednesday, April 24, 2013

Note to girls

I found this note in my facebook.


NOTE TO GIRLS: 

One day, he’s going to text you.  That day, you’re going to realize he means nothing to you. He’s just another guy. Just another guy, you wasted your time on, tried to look good for, and tried to impress. He’s just another bad memory. You’re going to remember how much you like him, and miss him, but at the same time how much you hate him.  Instead of getting all excited over this one message, that can mean the world to you, but nothing to him, just click erase and move on with your life.  He’s not worth it.  

Absolutely..... I'm blaming my stupidity by let people hurt my feelings. This is all my fault. Not them..Definitely not them.......

My desire, only in my dream...

Too many desire to fulfill.. I'm in suffer because everything i saw and touched i feel like i have to change into new. For example my additional eyes (spec), my handphone Ohh i need new handphone, my bag, my cloth, my makeup set...The list never stop..I'm suffering enough with my desire..Can anyone stop that by giving me ceramah motivasi????hahahaha...Its okey to have desire like this as long as u not buy all those things at one time right??Am i right???No need to answer because i'm the one who ask for others opinion but still stick into my decision. My bad....;p

This is not bag like i want. Im just google it.



I never alone, Allah is always with me......





 Lately i feel so depressed.  I feel like i have no one to share what i feel, what I've gone thru everyday, and what makes me happy.  Nobody care...Yes.No one care about me....I know my family always with me but there is a few things that I cannot share with them.. When is about feelings...I'm trying to not express my feelings and my anger with "cerpen" this time. I trying to absorb everything alone without share with no one. Because i know they are too busy with their own happy life....Later i realized, I still have Allah to share everything..Yes Allah is always with me...I never alone...

Regards,

Me, forever alone...Never alone, Allah is always with me.


Sunday, March 3, 2013

Be a good muslimah..

Dah lebih setahun kerja enam hari dan hanye punye waktu sehari untuk rehat. Tapi dalam kate sebenar memang tak rehat langsung sebab hari ahad tu lah mase nak selesaikan semua tugas-tugas rumah yang tertangguh (i mean basuh baju,kemas bilik,cuci toilet, basuh kereta) see, kalau dah senarai kerja macam ni boleh dipanggil rehat???Seriously i feel very tired and give up.. I plan to look another future. Hopefully Allah permudahkan jalan saya. Okey we stop here.

Actually i just wanna share something that might be useful for those who try to be a good muslimah and to cover their aurat properly. I'm also in the processing of trying to be a better muslimah. Untuk menjadi muslimah yang betul2 muslimah first kite kene tengok pemakaian kite. Secara jujur saya pun banyak kekurangan nye. Kadang kala masih tersasar dari landasan menutup aurat yang sempurna..Sebab ape selalu tersasar??Sebab terlalu ghairah ikut fesyen terkini. Dengan alasan tak mahu nampak kekampungan dan outdated. Agree??Kite lupe yang pandangan Allah itu lebih penting dari pandang masyarakat kat luar sane.

Tak salah berfesyen kan, cume harus mengikut panduan. First, kite pergi pada tudung. If all of u aware nowdays fesyen tudung bawal dah In kan. Kalau dulu jangan harap nak sentuh tudung bawal tu. Siap dah sedekah kat orang pun. Tapi bile sekarang dah macam-macam jenis tudung bawal yang ade mula lah gelabah beli semula..Kalau semua orang perasan tudung bawal yang kite pakai tu actually tersangat lah jarang. Adakah cukup mengikut syarak??Ape gune kepala bertutup tapi orang lelaki boleh nampak leher kite..Macam no point je kite pakai tudung kan. Okey, so now saya ade solution nye. Benda simple je cume kalau tanggal tudung untuk solat tu sure orang akan pandang kite and sure akan ada orang tanye . Saya dah banyak kali kene..hihihihihi..Ade yang cakap macam ninja, nak pergi berenang macam-macam lah. I don't care at all. Ape yang penting saya tutup aurat saya.

Inner Neck - Ini solution nye. Pasti leher anda di tutup rapi.=)
Second, to cover baju ketat yang kite pakai contoh , dress yang mengikut body kan. Kalau orang kurus jarang lah ade masalah ni tapi pada saya yang berbadan agak berisi ni selalu ade masalah macam ni. So, untuk tidak nampak bentuk badan dan juge lemak-lemak yang membiak tu harus lah kite cover dengan sempurna. The solution is pakai cardigen yang tak berlengan untuk dress lengan panjang and cardigan berlengan untuk dress yang sleeveless.

We can use this to cover. Easy yet trendy rite?
See, sekarang ni banyak fesyen yang boleh kite ikut but make sure di landasan yang betul. Tak salah nak mix and match as long as its cover our aurat properly. That is our main concern as a better muslimah isn't???So, the choice in our hand. Weather we want to change or not...Saya pun masih membaiki diri supaya jadi muslimah yang baik. I think we should start with our aurat first. Insyaallah lame-lame mesti kite berjaya cover aurat kite dengan sempurna. At least kite ade usaha untuk berubah..Allah pasti membantu..Insyaallah.

Wednesday, February 6, 2013

Getting older...

Lately i am very depressed.  Why?? Because i feel that my face getting old day by day. I don't know what to do. Serious. But please don't offer me any collagen set. I do believe on collagen but with my financial status i don't think i am able to buy routine every month. To get better result you must ready yourself to give the highly commitment in term of money. For me, i would prefer to buy a slimming product rather than beauty product because i believe to be beautiful you must get the perfect body shape first then only you start touch up your face. Naaaa, am i right???hahahahaha..

Look like mother with 3 kids. *crying badly.=(
I am complaining too much today. Okey bye.