Wednesday, December 1, 2010

Don't be sad.

I found this 'doa' masa baca majalah wanita keluaran julai 2006(giler lama)..di saat aku tengah frust ni maka 'doa' ni betul-betul sesuai..so , aku nak share dengan korang...please read ya..^_^


Ya Allah Ya Tuhanku 
seandainya dia menjadi milikku,
tercipta untukku,
dekatkanlah dia padaku,
satukanlah hatinya dan hatiku,
tetapkanlah kemesraan antara kami, 
agar kebahagian ini abadi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku, 
bawalah dia jauh dari pandanganku,
dan peliharalah diriku dari kekecewaan,

Ya Allah Ya Tuhanku,
berikanlah diri ini kekuatan,
melontarkan bayangan ke dada langit,
agarku rasa bahagia,
walaupun tanpa dirinya,
gantikanlah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
meskipun tak sama dengan dirinya,
seandainya dia datang menemuiku,
cinta itu adalah cinta sejati dan satu,
seandainya dia tidak menemuiku,
anggaplah cinta itu tidak wujud sejak dari awal lagi,

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah apa yang engkau takdirkan,
adalah yang terbaik untukku,
kerana engkau maha mengetahui,
bahagia yang terbaik untuk hamba-Mu ini,

1 comment: