Sebelum meeting tu berjalan aku ade buat puding untuk hidang kat para tetamu...Bancuhan pertama buat tak berapa menjadi sangat sebab terlupe bubuh air so pekat la sikit. Bancuhan kedua alhamdullillah menjadi. Puding ni senang gila nak buat okey. Orang yang macam aku ni yang selalu fail buat kuih-muih pun menjadi jugak buat puding. Jom kite tengok bahan-bahan yang diperlukan..
4 keping roti
2 biji telur
stgh cawan susu pkt
170 ml susu air
8 gram serbuk agar2
1/2 cwn gula
2 sudu besar mentega
3 stgh cawan air
2 sudu besar serbuk koko atau chocolate emulco
Cara-caranya.
First korang bubuh 3 cawan air dalam periuk berserta 8 gram agar-agar. Kalau tak de alat timbang nak timbang agar-agar tu korang amik je separuh paket agar-agar tu. Macam tu la yang aku buat selalu.
Bila agar-agar tu dah larut dalam air korang masukkan gula 1/2 cawan dan tunggu sehingga mendidih. Kalau tak nak manis sangat tak payah bubuh gula banyak sangat sebab nanti nak bubuh susu lagi kan..Pandai-pandai agak la. Nanti kalau manis sangat kene kencing manis tak tau..
Sementara tunggu bahan-bahan tadi menididih kita blender 4 keping roti (roti ape2 pun boleh) 2 bijik telor, 170 ml susu cair dan setengah cawan susu pekat. Kalau tak nak bubuh banyak sangat susu pekat pun okey jugak. Ikut suka hati je.
Selepas dah diblender korang campur je bahan-bahan ni dalam periuk yang berisi agar-agar tadi. Kacau-kacau sampai dah mengelegak then bubuh 2 sudu mentega. Setelah siap tutup api dan amik sebahagian daripa bancuhan tu lepas tu kacau dengan serbuk koko berserta milo. Kalau nak bubuh coklat pun okey jugak. tapi aku tak pernah buat lagi.
Lepas tu selang selikan masuk antara bancuhan koko tadi dengan yang kaler krim tu..Masukkan dalam peti ais then siap di makan..
Taraaaaaaaaaaa...
Ini la hasilnye...
Bancuhan pertama..Lupa blender dengan air..Tetap menjadi. |
Jangan geli tengok itam-itam tu..Tu aku saje bubuh milo tabur. |
Ni yang paling superb..lalalala. |
Nampak sedap tak??Ha sila menganguk...Kalau tak aku cepuk..;p..Just kidding. Korang try la buat..Best sangat..Maybe korang boleh upgrade lagi kasi lebih superb. Selamat mencuba semua..daaaaa...
No comments:
Post a Comment