Ade manusia yang susah gila nak ucap perkataan ni "sorry"..Tapi ade pulak spesis yang terlebih senang nak sebut "sorry" tapi lepas tu buat hal lagi...macam-macam kan perangai manusia atas muka bumi ni...Pada yang susah nak say sorry tu mungkin mereka sentiasa rasa diri mereka tu selalu betul dan perkataan sorry tu menjatuhkan ego diorang yang tinggi macam gunung everest tu...For those yang asek bersorry-sorry sampai sejuta kali tu mungkin diorang rasa dengan ucapkan maaf mampu menutup salah diorang..Yang pasti kedua-dua ni totally wrong...Kalau kita buat salah atau menyakitkan hati orang tak ade salahnye kita mintak maaf kat orang tu..Tak de nye jatuh maruah kita...Kan ke bagus mengaku salah tu...If orang tu tak nak maafkan pun tak pe..Janji part kita dah settle kan..So tak perlu nak risau lagi...Tapi macam mane pulak dengan orang yang tak memaafkan orang lain...???Yang ini bahaya..Spesis pendendam mungkin..
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf
meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
Tengok betapa mulianya perbuatan memberi kemaafan kepada orang yang dah berbuat salah kat kita...Mari la kita sama-sama memaafkan kesalahan orang pada kita...Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya....Saya sedang dalam proces memaafkan orang..Ye saya jahat sebab sampai sekarang tak maafkan orang yang dah sakitkan hati aku..
No comments:
Post a Comment